Selasa, 14 Februari 2012

Cerita Saya.

Assalamualaikum,
Pernah tak bila t’kenang peristiwa2 lps kita blh t’gelak sorg2, senyum sorg2 then rasa nak putarkan masa kembali??? Masa sedang m’lalui peristiwa2 t’sebut maybe kita tak rasa nak hargai, tp bila ianya dah lps kita rasa ruginya tak hargai masa tersebut. Macam tu lah rasa dalam diri saya sekarang, banyak peristiwa2 yg semasa ianya berlaku saya rasa down, menyampah, dan rasa nak sgt cepat2 masa berlalu... tapi sekarang rasa nak kembali ke masa tersebut. Antara kenangan yg b’main2 dalam kepala sekarang;
Pertama: Kenangan waktu sekolah rendah n menengah... cinta monyet??? Pengalaman terasing.... (anda?)
Kedua: Kenangan waktu di matrik... kira first time duk luar dari rumah lah.... ^_^ Ayat abah masa hantar ke matrik “Belajar berdikari, jaga diri”...
Ketiga: Kenangan di universiti... tak sangka sekarang dah kat tahun akhir... Ayat abah masa hantar ke UPM... “Berdikari, belajar elok2” (hampir sama dgn ayat masa kat matrik) ^_^
Keempat: Kenangan di negara orang... kenangan yang manis dan berharga, sbb tak tahu lagi bila ada rezeki dpt naik flight... yg sedih sbb mak ngn abah tak dapat hantar kat airport...
Kelima: Kenangan yang tak mudah diperolehi... Kenangan menyertai bidang ketenteraan (walaupun hanya simpanan), sbb tak semua orang mahu dan dapat menyertainya. Kenangan menangis sbb panas, diuji mental dan fizikal, kena bwk beg berat, jalan jauh, kawad, latihan tanpa henti, belajar senjata dan menembak, dan yang terbaru latihan p’thnn m’gali kubu dan p’unduran... Yang ni kenangan dan pengalaman yang b’harga. M’gali sorg2 kat bwh pancaran chy matahari yg sgt terik, menangis dalam hati, tak tidur sbb tugas, berlari kehulu hilir... dan yang paling best dapat pengalaman jadi sarjan... Tuhan saja yang tahu macam mana keadaan waktu malam tu, bukan saja org2 bawahan (waktu latihan), dengan saya2 yang b’tugas pun boleh tertidur... ^_^ weee Tp lepas kena marah mmg terus bulat mata... Terima kasih kepada sahabat2 yang bersama2 saya... Minta maaf loh kalau saya x m’jalankan tugas dengan baik. Hari terakhir iaitu after pengunduran, kena kambus kubu balik... saat ni Tuhan je yang tahu bertapa sedih sbb kena kambus kubu yg digali selama 3 hari dlm masa 2-3 jam...
Kalau nak dicerita semua pengalaman dan kenangan hidup, memang panjang lagi lah nukilan saya ni. Apa2 pun nukilan saya ni bermaksud untuk meningatkan kita semua, hargailah detik2 sekarang, sebab ianya tidak mungkin berulang kembali (melainkan atas ketentuan Allah swt).

Selasa, 27 September 2011

Hargailah.

Assalamualaikum,
hohoho beginikah rasanya..... Alhamdulilah, saya masih diberi nikmat dan rahmat dari Allah swt untuk terus menjalani tugas sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Apakah yang saya maksudkan dengan beginikah rasanya? kuikuikui.... Alhamdulilah, saya di beri peluang oleh Allah swt untuk merasainya perkara baru yang sebelum ini bila saya tengok orang lain lakukan macam senang jek... huhuhu tapi bila saya diberi kesempatan untuk melaksanakannya sendiri baru saya sedar pengorbanan yang orang-orang sebelum ini lakukan.

Begitulah manusia, apabila kita pernah lalui atau rasakan sesuatu benda atau perkara baru lah kita sedar dan menghargainya. Kalau sebelum ini saya selalu membebel sebab 'depa' ni suka suki je hendak buat aktiviti, program dan yang seangkatan dengannya. Tetapi bila saya sendiri telah dan sedang merasakan betapa sukar dan rumitnya untuk mengadakan sesuatu aktiviti atau program, baru saya sedar kepentingan orang-orang dibelakang tabir sebelum ini. Terima kasih ye sahabat-sahabat yang pernah membantu dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti sebelum ini.

Tiba-tiba saya teringat satu cerita tauladan; pada suatu pagi di sebuah sekolah yang tersorok di kawasan perkampungan, terlihat seorang guru yang kacak dikelilingi oleh anak muridnya seramai hampir 30 pelajar. Waktu itu guru tersebut adalah guru bagi pendidikan jasmani untuk kelas tersebut. Memandang anak-anak muridnya yang sedang dalam minggu terakhir sesi persekolahan (selepas tamat peperiksaan akhir UPSR), guru tersebut ingin berkongsi suatu pelajaran yang penting kepada anak-anak muridnya.

Setelah menarik nafas dalam-dalam, sambil merenung setiap seorang anak-anak muridnya, guru tersebut mula berbicara "Assalamualaikum anak-anak ayah sekalian" (ayah adalh gelaran guru tersebut kepada setiap anak muridnya). "Hari ini, sempena dengan minggu terakhir kamu di sekolah ini, ayah mahu kamu berjalan ke arah belakang sekolah dan ambil sebatang ranting kayu yang cantik untuk diberikan kepada ayah"."Tetapi dengan syarat, kamu tidak boleh berpatah balik untuk mengambil ranting kayu sebelumnya yang telah kamu tinggalkan"."Setelah mendapatkannya, kembali ke sini dan pegang sehingga kesemua kamu sampai."

Dengan semangat berkobar-kobar murid-murid tersebut berlari-lari anak ke arah belakang sekolah. Murid pertama sampai terus mencapai sebatang rantik, tetapi setelah dibelek-belek buat seketika murid tersebut mencampakkan kembali ranting tersebut. Murid kedua, ketiga dan hampir kesemua murid melakukan perkara pertama. Setelah hampir 30 minit berlalu, kesemua murid kembali ke tempat guru mereka. Namun, hampir kesemua mereka tidak membawa ranting.

Setelah beberapa ketika, guru tersebut memulakan bicara, "Anak-anak mari tunjukkan kepada saya ranting tercantik yang kamu dapat". Seorang, dua orang, dan setelah dikira-kira hanya 7 murid yang kehadapan dan menunjukkan ranting yang diperolehi. "Mengapa hanya 7 anak-anak saya sahaja yang membawa ranting? Anak-anak yang lain tidak mengikut arahan saya ke?" tanya guru tersebut dengan nada tegas. Murid-murud yang tidak memperoleh ranting hanya menundukkan muka.

Akhirnya seorang murid mengangkat tangan."Ye Ahmad, apa alasan kamu?" tanya guru tersebut. Ahmad dengan suara yang rendah berkata "Ayah, seperti yang ayah arahkan, saya telah cuba mencari ranting tercantik. Dan setiap kali saya menemui ranting yang saya rasakan cantik, saya terfikir di hadapan saya mungkin ada lagi ranting yang lebih cantik. Dan begitulah seterusnya, sehingga saya sampaik ke pagar belakang.".

Setelah mendengar alasan, guru tersebut tersenyum "Baiklah anak-anaky ayah sekalian. Sebenarnya itulah tujuan ayah mengadakan aktiviti ini adalah untuk membuka minda kamu semua. Dalam kehidupan kita sehari-harian, banyak benda dan perkara, juga kawan-kawan mahupun keluarga yang sentiasa bersama kita. Namun kadang-kadang kita susah hendak menghargai mereka atau benda atau perkara tersebut kerana kita selalu mengandaikan terdapat benda, perkara atau manusia lain yang lebih baik dari yang ada didepan mata kita pada waktu tersebut.
"Oleh itu, niat dan pelajaran ayah untuk hari ini adalah supaya kamu sentiasa menghargai setiap perkara mahupun manusia yang ada bersama kamu pada ketika ini. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran".

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, hargailah apa yang ada di hadapan kamu pada ketika ini. Terima kasih dari 'ayah'.

@ISMA@

Guling-guling.

Assalamualaikum,
Ini pertama kali saya nak tulis panjang2.... Alhamdulilah, sekarang saya rasa happy sebab saya sibuk sangat2. Bila saya sibuk saya x ada masa nak fikir kan perkara yang remeh temeh. hohoho... Bila saya sibuk saya lebih menghargai masa lapang saya. Sekarang saya nak cerita pula aktiviti saya 2 hari lepas. Saya sekali lagi menyatakan kesyukuran kehadirat Ilahi, sebab saya dapat pengalaman yang x semua orang dapat. Kerinduan saya untuk berbaring beralaskan rumput2 padang yang berlumpur telah dapat dilepaskan. Siap dapat bonus lagi dengan aktiviti guling-mengguling kan diri. Best oooo. Lagi best bila saya diberi peluang untuk berlari semahu-mahunya. hahah rasa cam bebas jer.... masa tersebutlah saya rasa bersyukur sangat kepada Ilahi sebab masih diberi ruang dan peluang dimuka bumi, alam ciptaan-Nya untuk berlari2.... 
Sebenarnya dalam kehidupan kita sehari2 ni banyak dan memang semuanya ada kaitan dengan ketentuan Ilahi. Terpulang lah pada kita untuk mengaitkannya dengan Pencipta kita. Dalam satu program saya pernah ikuti, waktu nak pergi program tersebut hati saya memang berbelah bahagi samada nak ikuti program atau tidak. Tetapi apabila saya mengikuti program tersebut, saya mendapat Taufik drpd Allah swt, melalui penceramah program tersebut mengenai "sifat Redha" tehadap ketentuan Ilahi. Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya semua adalah ketentuan Ilahi. 
Oleh itu kita perlu redha dengan apa yang telah beraku dan bakal berlaku. huhuhu... cakap memang senang bukan? ye bila bercakap memang senang, tetapi untuk melaksanakanya agak susah. Lebih2 lagi sekiranya perkara yang berlaku bukan yang boleh menggembirakan kita. Tetapi bak kata pepatah omputeh "practice make perfect" jadi biasa2kan lah diri kita dengan sifat bersabar, bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya. Insya'Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

@ISMA@

Selasa, 3 Mei 2011

Lidah Itu Lebih Tajam Drpd Mata Pedang

Salah satu pengisian khutbah jumaat ari ni, LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG... Teringat saya satu kisah di mana seorang anak melihat begitu banyak paku di dinding rumahnya lalu b'tanya pada ayahnya "Untuk apakah paku ini di ketuk di sini?".


Si ayah menjawab, "Setiap kali kau berbicara yang mengguriskan hati ku, akan ku ketuk satu paku di dinding,". Si anak terdiam di dalam hatinya berkata " Aku perlu melakukan sesuatu". Si anak belajar bersungguh-sungguh, mendapat pekerjaan yang baik dan sering melawat ayahnya dan menjaga makan minum pakai dan menghantar ayahnya menunaikan haji....
Satu hari si anak pergi ke dinding yang dahulu dan melihat dinding tersebut sudah tiada paku.... si anak dengan gembira mengucapkan "Baguslah aku dah dapat tebus semua kesalahan aku dulu..." Si ayah yang berada di sebelah si anak lantas menjawab "Memang kau telah berjaya menebus kesalahan kau, tetapi tidakkah kau dapat lihat di sini, dinding ini sudah tidak seperti yang asal, walaupun paku2 telah dikeluarkan, namun masih terdapat kesan2nya..."

Melalui kisah ini dapatlah kita sama2 muhasabah diri, jika kita susuri sejarah manusia, banyaknya terjadi persengketaan kerana tersilap kata... daripada khutbah jumaat hari ini (23/7/10), dapat lah dirumuskan melalui satu hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau diam."  Hadis riwayat Bukhari.



Isnin, 2 Mei 2011

KISAH PENGAJARAN KEPADA KITA.

Danny merupakan seorang graduan dari universiti terkemuka, Universiti Oxford, London dan kini telah pulang ke tanah air dengan keadaan hatinya meragui kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T kerana berpendapat dia masih boleh berjaya tanpa bantuan-Nya. Oleh itu, dia telah meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiai, atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 persoalan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T. Akhirnya orang tua Danny mendapatkan orang tersebut, seorang kiai.

Danny     : Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?            
Kiai       : Saya ialah hamba Allah S.W.T dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
               anda.
Danny    : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab
               pertanyaan saya .
Kiai       : Saya akan cuba sehabis mampu saya.
Danny    : Baiklah, saya ada 3 pertanyaan. Yang pertama, kalau memang Tuhan itu ada,
               tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.Yang kedua, apakah yang dinamakan takdir?
               Dan ketiga, kalu syaitan diciptakan dari api, kenapa dia dimasukkan ke neraka yang
               dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur
               yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiai tersebut menampar pipi Danny dengan kuat.

Danny   : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai      : Saya tidak marah.........tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda
              ajukan.
Danny   : Saya sungguh tidak mengerti.
Kiai      : Bagaimana rasa tamparan saya?
Danny  : Tentu saja sakit!!
Kiai      : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Danny  : Ya!!
Kiai      : Tunjukkan kepada saya sakit itu?
Danny  : Saya tidak mampu.
Kiai      : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama, kita semua merasakan kewujudan Tuhan
              tanpa mampu melihat kewujudan-Nya. Apakah tadi malam anda bermimpi akan
              ditampar oleh saya?
Danny  : Tidak.
Kiai      : Apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan saya hari ini?
Danny   : Tidak.
Kiai      : Itulah yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda
              terbuat daripada apa?
Danny   : Kulit.
Kiai      : Pipi anda?
Danny   : Kulit juga.
Kiai      : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Danny   : Sakit.
Kiai      : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika
              Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyeksakan untuk
              syaitan. Ketahuilah saudaraku, Allah S.W.T telah terlebih dahulu mengetahui
              apa- yang terbaik untuk makhluk-Nya. Jadi kita tiada upaya untuk menidakkannya.
              Satu cahaya hidayah menyelinap masuk ke dalam hati Danny. Dia berasa sungguh
              bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk berubah, bahawasanya tiada lain
              yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T.

Rabu, 20 April 2011

Misi Hari Ini

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah, saya dan anda semua masih lagi dapat bernafas pada hari ini. Bertapa beruntungnya kita semua kerana masih lagi dapat hidup pada hari ini untuk menyelesikan tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun di minggu belajar (study week) tetapi oleh kerana banyak kerja yang tertangguh, minggu ini dirasakan seperti minggu menyelesaikan kerja. Bertapa ruginya saya kerana selalu menangguhkan kerja. Insya'Allah saya kan berubah, dan saya berharap rakan-rakan di luar sana pun begitu. Sikap menangguhkan kerja ini amatlah merugikan. Huhuhu =(.
Baiklah, misi hari ini adalah menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh sebelum dapat menetapkan misi-misi seterusnya.....
Insya'Allah bila dah siap kerja yang tertangguh ni saya akan berkongsi sesuatu yang menarik dengan anda.
Baiklah, sampai disini dahulu untuk waktu ini. Terima kasih. Assalamualaikum wbt.