Selasa, 3 Mei 2011

Lidah Itu Lebih Tajam Drpd Mata Pedang

Salah satu pengisian khutbah jumaat ari ni, LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG... Teringat saya satu kisah di mana seorang anak melihat begitu banyak paku di dinding rumahnya lalu b'tanya pada ayahnya "Untuk apakah paku ini di ketuk di sini?".


Si ayah menjawab, "Setiap kali kau berbicara yang mengguriskan hati ku, akan ku ketuk satu paku di dinding,". Si anak terdiam di dalam hatinya berkata " Aku perlu melakukan sesuatu". Si anak belajar bersungguh-sungguh, mendapat pekerjaan yang baik dan sering melawat ayahnya dan menjaga makan minum pakai dan menghantar ayahnya menunaikan haji....
Satu hari si anak pergi ke dinding yang dahulu dan melihat dinding tersebut sudah tiada paku.... si anak dengan gembira mengucapkan "Baguslah aku dah dapat tebus semua kesalahan aku dulu..." Si ayah yang berada di sebelah si anak lantas menjawab "Memang kau telah berjaya menebus kesalahan kau, tetapi tidakkah kau dapat lihat di sini, dinding ini sudah tidak seperti yang asal, walaupun paku2 telah dikeluarkan, namun masih terdapat kesan2nya..."

Melalui kisah ini dapatlah kita sama2 muhasabah diri, jika kita susuri sejarah manusia, banyaknya terjadi persengketaan kerana tersilap kata... daripada khutbah jumaat hari ini (23/7/10), dapat lah dirumuskan melalui satu hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau diam."  Hadis riwayat Bukhari.



1 ulasan:

  1. Note ni saya tulis sendiri berdasarkan beberapa rujukan dan khutbah Jumaat yg sy dgr dari bilik sy. Menakjubkan bila sy dpt dgr isi khutbah tersebut, padahal sy b'ada di bilik n jarang dpt dgr khutbah Jumaat dgn jelas seperti yg terjadi pd hari tersebut. Subhanallah.

    BalasPadam