Selasa, 3 Mei 2011

Lidah Itu Lebih Tajam Drpd Mata Pedang

Salah satu pengisian khutbah jumaat ari ni, LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG... Teringat saya satu kisah di mana seorang anak melihat begitu banyak paku di dinding rumahnya lalu b'tanya pada ayahnya "Untuk apakah paku ini di ketuk di sini?".


Si ayah menjawab, "Setiap kali kau berbicara yang mengguriskan hati ku, akan ku ketuk satu paku di dinding,". Si anak terdiam di dalam hatinya berkata " Aku perlu melakukan sesuatu". Si anak belajar bersungguh-sungguh, mendapat pekerjaan yang baik dan sering melawat ayahnya dan menjaga makan minum pakai dan menghantar ayahnya menunaikan haji....
Satu hari si anak pergi ke dinding yang dahulu dan melihat dinding tersebut sudah tiada paku.... si anak dengan gembira mengucapkan "Baguslah aku dah dapat tebus semua kesalahan aku dulu..." Si ayah yang berada di sebelah si anak lantas menjawab "Memang kau telah berjaya menebus kesalahan kau, tetapi tidakkah kau dapat lihat di sini, dinding ini sudah tidak seperti yang asal, walaupun paku2 telah dikeluarkan, namun masih terdapat kesan2nya..."

Melalui kisah ini dapatlah kita sama2 muhasabah diri, jika kita susuri sejarah manusia, banyaknya terjadi persengketaan kerana tersilap kata... daripada khutbah jumaat hari ini (23/7/10), dapat lah dirumuskan melalui satu hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau diam."  Hadis riwayat Bukhari.



Isnin, 2 Mei 2011

KISAH PENGAJARAN KEPADA KITA.

Danny merupakan seorang graduan dari universiti terkemuka, Universiti Oxford, London dan kini telah pulang ke tanah air dengan keadaan hatinya meragui kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T kerana berpendapat dia masih boleh berjaya tanpa bantuan-Nya. Oleh itu, dia telah meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiai, atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 persoalan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T. Akhirnya orang tua Danny mendapatkan orang tersebut, seorang kiai.

Danny     : Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?            
Kiai       : Saya ialah hamba Allah S.W.T dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
               anda.
Danny    : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab
               pertanyaan saya .
Kiai       : Saya akan cuba sehabis mampu saya.
Danny    : Baiklah, saya ada 3 pertanyaan. Yang pertama, kalau memang Tuhan itu ada,
               tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.Yang kedua, apakah yang dinamakan takdir?
               Dan ketiga, kalu syaitan diciptakan dari api, kenapa dia dimasukkan ke neraka yang
               dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur
               yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiai tersebut menampar pipi Danny dengan kuat.

Danny   : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai      : Saya tidak marah.........tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda
              ajukan.
Danny   : Saya sungguh tidak mengerti.
Kiai      : Bagaimana rasa tamparan saya?
Danny  : Tentu saja sakit!!
Kiai      : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Danny  : Ya!!
Kiai      : Tunjukkan kepada saya sakit itu?
Danny  : Saya tidak mampu.
Kiai      : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama, kita semua merasakan kewujudan Tuhan
              tanpa mampu melihat kewujudan-Nya. Apakah tadi malam anda bermimpi akan
              ditampar oleh saya?
Danny  : Tidak.
Kiai      : Apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan saya hari ini?
Danny   : Tidak.
Kiai      : Itulah yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda
              terbuat daripada apa?
Danny   : Kulit.
Kiai      : Pipi anda?
Danny   : Kulit juga.
Kiai      : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Danny   : Sakit.
Kiai      : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika
              Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyeksakan untuk
              syaitan. Ketahuilah saudaraku, Allah S.W.T telah terlebih dahulu mengetahui
              apa- yang terbaik untuk makhluk-Nya. Jadi kita tiada upaya untuk menidakkannya.
              Satu cahaya hidayah menyelinap masuk ke dalam hati Danny. Dia berasa sungguh
              bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk berubah, bahawasanya tiada lain
              yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T.