Selasa, 27 September 2011

Hargailah.

Assalamualaikum,
hohoho beginikah rasanya..... Alhamdulilah, saya masih diberi nikmat dan rahmat dari Allah swt untuk terus menjalani tugas sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Apakah yang saya maksudkan dengan beginikah rasanya? kuikuikui.... Alhamdulilah, saya di beri peluang oleh Allah swt untuk merasainya perkara baru yang sebelum ini bila saya tengok orang lain lakukan macam senang jek... huhuhu tapi bila saya diberi kesempatan untuk melaksanakannya sendiri baru saya sedar pengorbanan yang orang-orang sebelum ini lakukan.

Begitulah manusia, apabila kita pernah lalui atau rasakan sesuatu benda atau perkara baru lah kita sedar dan menghargainya. Kalau sebelum ini saya selalu membebel sebab 'depa' ni suka suki je hendak buat aktiviti, program dan yang seangkatan dengannya. Tetapi bila saya sendiri telah dan sedang merasakan betapa sukar dan rumitnya untuk mengadakan sesuatu aktiviti atau program, baru saya sedar kepentingan orang-orang dibelakang tabir sebelum ini. Terima kasih ye sahabat-sahabat yang pernah membantu dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti sebelum ini.

Tiba-tiba saya teringat satu cerita tauladan; pada suatu pagi di sebuah sekolah yang tersorok di kawasan perkampungan, terlihat seorang guru yang kacak dikelilingi oleh anak muridnya seramai hampir 30 pelajar. Waktu itu guru tersebut adalah guru bagi pendidikan jasmani untuk kelas tersebut. Memandang anak-anak muridnya yang sedang dalam minggu terakhir sesi persekolahan (selepas tamat peperiksaan akhir UPSR), guru tersebut ingin berkongsi suatu pelajaran yang penting kepada anak-anak muridnya.

Setelah menarik nafas dalam-dalam, sambil merenung setiap seorang anak-anak muridnya, guru tersebut mula berbicara "Assalamualaikum anak-anak ayah sekalian" (ayah adalh gelaran guru tersebut kepada setiap anak muridnya). "Hari ini, sempena dengan minggu terakhir kamu di sekolah ini, ayah mahu kamu berjalan ke arah belakang sekolah dan ambil sebatang ranting kayu yang cantik untuk diberikan kepada ayah"."Tetapi dengan syarat, kamu tidak boleh berpatah balik untuk mengambil ranting kayu sebelumnya yang telah kamu tinggalkan"."Setelah mendapatkannya, kembali ke sini dan pegang sehingga kesemua kamu sampai."

Dengan semangat berkobar-kobar murid-murid tersebut berlari-lari anak ke arah belakang sekolah. Murid pertama sampai terus mencapai sebatang rantik, tetapi setelah dibelek-belek buat seketika murid tersebut mencampakkan kembali ranting tersebut. Murid kedua, ketiga dan hampir kesemua murid melakukan perkara pertama. Setelah hampir 30 minit berlalu, kesemua murid kembali ke tempat guru mereka. Namun, hampir kesemua mereka tidak membawa ranting.

Setelah beberapa ketika, guru tersebut memulakan bicara, "Anak-anak mari tunjukkan kepada saya ranting tercantik yang kamu dapat". Seorang, dua orang, dan setelah dikira-kira hanya 7 murid yang kehadapan dan menunjukkan ranting yang diperolehi. "Mengapa hanya 7 anak-anak saya sahaja yang membawa ranting? Anak-anak yang lain tidak mengikut arahan saya ke?" tanya guru tersebut dengan nada tegas. Murid-murud yang tidak memperoleh ranting hanya menundukkan muka.

Akhirnya seorang murid mengangkat tangan."Ye Ahmad, apa alasan kamu?" tanya guru tersebut. Ahmad dengan suara yang rendah berkata "Ayah, seperti yang ayah arahkan, saya telah cuba mencari ranting tercantik. Dan setiap kali saya menemui ranting yang saya rasakan cantik, saya terfikir di hadapan saya mungkin ada lagi ranting yang lebih cantik. Dan begitulah seterusnya, sehingga saya sampaik ke pagar belakang.".

Setelah mendengar alasan, guru tersebut tersenyum "Baiklah anak-anaky ayah sekalian. Sebenarnya itulah tujuan ayah mengadakan aktiviti ini adalah untuk membuka minda kamu semua. Dalam kehidupan kita sehari-harian, banyak benda dan perkara, juga kawan-kawan mahupun keluarga yang sentiasa bersama kita. Namun kadang-kadang kita susah hendak menghargai mereka atau benda atau perkara tersebut kerana kita selalu mengandaikan terdapat benda, perkara atau manusia lain yang lebih baik dari yang ada didepan mata kita pada waktu tersebut.
"Oleh itu, niat dan pelajaran ayah untuk hari ini adalah supaya kamu sentiasa menghargai setiap perkara mahupun manusia yang ada bersama kamu pada ketika ini. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran".

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, hargailah apa yang ada di hadapan kamu pada ketika ini. Terima kasih dari 'ayah'.

@ISMA@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan