Selasa, 27 September 2011
Guling-guling.
Assalamualaikum,
Ini pertama kali saya nak tulis panjang2.... Alhamdulilah, sekarang saya rasa happy sebab saya sibuk sangat2. Bila saya sibuk saya x ada masa nak fikir kan perkara yang remeh temeh. hohoho... Bila saya sibuk saya lebih menghargai masa lapang saya. Sekarang saya nak cerita pula aktiviti saya 2 hari lepas. Saya sekali lagi menyatakan kesyukuran kehadirat Ilahi, sebab saya dapat pengalaman yang x semua orang dapat. Kerinduan saya untuk berbaring beralaskan rumput2 padang yang berlumpur telah dapat dilepaskan. Siap dapat bonus lagi dengan aktiviti guling-mengguling kan diri. Best oooo. Lagi best bila saya diberi peluang untuk berlari semahu-mahunya. hahah rasa cam bebas jer.... masa tersebutlah saya rasa bersyukur sangat kepada Ilahi sebab masih diberi ruang dan peluang dimuka bumi, alam ciptaan-Nya untuk berlari2....
Sebenarnya dalam kehidupan kita sehari2 ni banyak dan memang semuanya ada kaitan dengan ketentuan Ilahi. Terpulang lah pada kita untuk mengaitkannya dengan Pencipta kita. Dalam satu program saya pernah ikuti, waktu nak pergi program tersebut hati saya memang berbelah bahagi samada nak ikuti program atau tidak. Tetapi apabila saya mengikuti program tersebut, saya mendapat Taufik drpd Allah swt, melalui penceramah program tersebut mengenai "sifat Redha" tehadap ketentuan Ilahi. Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya semua adalah ketentuan Ilahi.
Oleh itu kita perlu redha dengan apa yang telah beraku dan bakal berlaku. huhuhu... cakap memang senang bukan? ye bila bercakap memang senang, tetapi untuk melaksanakanya agak susah. Lebih2 lagi sekiranya perkara yang berlaku bukan yang boleh menggembirakan kita. Tetapi bak kata pepatah omputeh "practice make perfect" jadi biasa2kan lah diri kita dengan sifat bersabar, bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya. Insya'Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
@ISMA@
Selasa, 3 Mei 2011
Lidah Itu Lebih Tajam Drpd Mata Pedang
Salah satu pengisian khutbah jumaat ari ni, LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG... Teringat saya satu kisah di mana seorang anak melihat begitu banyak paku di dinding rumahnya lalu b'tanya pada ayahnya "Untuk apakah paku ini di ketuk di sini?".
Si ayah menjawab, "Setiap kali kau berbicara yang mengguriskan hati ku, akan ku ketuk satu paku di dinding,". Si anak terdiam di dalam hatinya berkata " Aku perlu melakukan sesuatu". Si anak belajar bersungguh-sungguh, mendapat pekerjaan yang baik dan sering melawat ayahnya dan menjaga makan minum pakai dan menghantar ayahnya menunaikan haji....
Satu hari si anak pergi ke dinding yang dahulu dan melihat dinding tersebut sudah tiada paku.... si anak dengan gembira mengucapkan "Baguslah aku dah dapat tebus semua kesalahan aku dulu..." Si ayah yang berada di sebelah si anak lantas menjawab "Memang kau telah berjaya menebus kesalahan kau, tetapi tidakkah kau dapat lihat di sini, dinding ini sudah tidak seperti yang asal, walaupun paku2 telah dikeluarkan, namun masih terdapat kesan2nya..."
Melalui kisah ini dapatlah kita sama2 muhasabah diri, jika kita susuri sejarah manusia, banyaknya terjadi persengketaan kerana tersilap kata... daripada khutbah jumaat hari ini (23/7/10), dapat lah dirumuskan melalui satu hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau diam." Hadis riwayat Bukhari.

Isnin, 2 Mei 2011
KISAH PENGAJARAN KEPADA KITA.
Danny merupakan seorang graduan dari universiti terkemuka, Universiti Oxford, London dan kini telah pulang ke tanah air dengan keadaan hatinya meragui kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T kerana berpendapat dia masih boleh berjaya tanpa bantuan-Nya. Oleh itu, dia telah meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiai, atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 persoalan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T. Akhirnya orang tua Danny mendapatkan orang tersebut, seorang kiai.
Danny : Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiai : Saya ialah hamba Allah S.W.T dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
anda.
Danny : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab
pertanyaan saya .
Kiai : Saya akan cuba sehabis mampu saya.
Danny : Baiklah, saya ada 3 pertanyaan. Yang pertama, kalau memang Tuhan itu ada,
tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.Yang kedua, apakah yang dinamakan takdir?
Dan ketiga, kalu syaitan diciptakan dari api, kenapa dia dimasukkan ke neraka yang
dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiai tersebut menampar pipi Danny dengan kuat.
Danny : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai : Saya tidak marah.........tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda
ajukan.
Danny : Saya sungguh tidak mengerti.
Kiai : Bagaimana rasa tamparan saya?
Danny : Tentu saja sakit!!
Kiai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Danny : Ya!!
Kiai : Tunjukkan kepada saya sakit itu?
Danny : Saya tidak mampu.
Kiai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama, kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat kewujudan-Nya. Apakah tadi malam anda bermimpi akan
ditampar oleh saya?
Danny : Tidak.
Kiai : Apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan saya hari ini?
Danny : Tidak.
Kiai : Itulah yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda
terbuat daripada apa?
Danny : Kulit.
Kiai : Pipi anda?
Danny : Kulit juga.
Kiai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Danny : Sakit.
Kiai : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika
Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyeksakan untuk
syaitan. Ketahuilah saudaraku, Allah S.W.T telah terlebih dahulu mengetahui
apa- yang terbaik untuk makhluk-Nya. Jadi kita tiada upaya untuk menidakkannya.
Satu cahaya hidayah menyelinap masuk ke dalam hati Danny. Dia berasa sungguh
bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk berubah, bahawasanya tiada lain
yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T.
Rabu, 20 April 2011
Misi Hari Ini
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah, saya dan anda semua masih lagi dapat bernafas pada hari ini. Bertapa beruntungnya kita semua kerana masih lagi dapat hidup pada hari ini untuk menyelesikan tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun di minggu belajar (study week) tetapi oleh kerana banyak kerja yang tertangguh, minggu ini dirasakan seperti minggu menyelesaikan kerja. Bertapa ruginya saya kerana selalu menangguhkan kerja. Insya'Allah saya kan berubah, dan saya berharap rakan-rakan di luar sana pun begitu. Sikap menangguhkan kerja ini amatlah merugikan. Huhuhu =(.
Baiklah, misi hari ini adalah menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh sebelum dapat menetapkan misi-misi seterusnya.....
Insya'Allah bila dah siap kerja yang tertangguh ni saya akan berkongsi sesuatu yang menarik dengan anda.
Baiklah, sampai disini dahulu untuk waktu ini. Terima kasih. Assalamualaikum wbt.

Langgan:
Catatan (Atom)